Kisah menarik Nizar di Manjung petang tadi- malaysiakini
Dalam pada itu penunggu semakin ramai yang datang termasuk dari golongan Cina dan India…aku ingat kut kat Jelapang aje cina ramai.kat Manjung pun kaum Cina dan India sama-sama mari !
Kedatangan Nizar bersama dengan EXCO Agama YB Zainudin pada jam 3.45 ptg disambut oleh dua lelaki Cina iaitu Mr Wong wakil kepada YB Nga Ko Meng dan Mr Lim wakil kepada YB Dato Ngeh Khoo Ham kerana kedua-dua YB berada dalam Sidang pembukaan Parlimen.
Ucapan selepas pengerusi majlis dimulakan oleh YB Zainudin yang menceritakan mengenai undang-undang yang telah dpermainkan oleh UMNO dan disamping itu YB juga mencadang DS IR NIZAR dicalonkan untuk PRK Bukit Gantang.. Aku setuju YB.. 100 % aku setuju.. lepas warga DUN Pasir Panjang akan berkampong di Bukit Gantang kalau DS IR Nizar dapat perkenan dari Pimpinan PAS.
Kemudian MB IR Nizar pula memberi ucapan dengan panjang lebar fokus utama mencerita senario dari mula sehingga terjadinya peristiwa rampasan kuasa yang diketuai oleh Najib Altantunya.. bila didengar gelaran tersebut penonton terus memekik mengiakan apa yang dikatakan oleh IR Nizar.. cuma aku nak tergelak sikit bila Nizar mempertikai.. waktu ia memerintah selama 10 bulan tak ada pun ia memerlukan Polis peronda mengiringinya.. tetapi bila waktu Zamri 786 ni 2 biji kereta peronda dan 5-6 biji all rider yang mengiringinya.. seolah-olah bapaknya yang mebayar gaji polis tersebut.
Sekali lagi di boo oleh mereka yg hadir, nasib kau ler Zamrii.. aku tak dapat nak nolongnya…. kemudia Nizar memaklumkan ada 4 SB yang sentiasa mengikutinya ke merata tempat.. seorang darinya bertudung dan akhir sekali Nizar berpesan kepada yang hadir supaya kita memaklumkan kepda semua saudara adik beradik mengingatkan betapa liciknya musuh yang telah merampas kerajaan Pakatan di negeri Perak, dengan cara konspirasi !
Majlis disudahi dengan acara dailog.. tapi aku tak tunggu sampai habis bab dailog.. sebab ni aku nak update bagi tau kat hampa dengan cepat.. yang problem rumah aku broadband lembap banyak.. tu yang problem !
Insyallah panjang umur kalau ada idea malam nanti aku laporkan pulak mengenai ceramah penerangan di Pasir Panjang.. Chaoo dulu aku nak pi Pasar malam kat Kpg DSK.. barang dapur kat rumah dah kering semalam dua hari aku kat rumah MB.. tak sempat lagi nak pi lagi Pasar malam.. dak nak magrib !
**laporan disediakan oleh : Manjung Mari dari Lumut, Perak. Maaf kerana tatabahasa agak tunggang-langgang. Laporan ini akan diedit semula utk paparan ke-2 di blog ini esok.
No comments
Post a Comment