mari pakat hancurkan kerja pertama zambry haram

TAIPING 11 Feb. - Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beberapa nama telah dikenalpasti sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Beliau akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam masa terdekat untuk membincangkan senarai nama itu sebelum dibawa kepada pucuk pimpinan untuk diputuskan.

“Bagaimanapun, kita nak maklum balas dari bawah sebelum bawa ke pucuk pimpinan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup parti komponen BN Bukit Gantang di Pejabat Umno Bukit Gantang di sini petang ini.

Mesyuarat itu dihadiri Ketua Umno Bukit Gantang Datuk Rosli Husin, Ketua Wanita Gerakan merangkap Anggota Parlimen Gerik Datuk Tan Lian Hoe yang juga bekas Anggota Parlimen Bukit Gantang dan Ketua MCA Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Ia bagi membincangkan persiapan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang ekoran kematian penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS, Isnin lepas, akibat serangan jantung. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.