menteri BN khalwat 'no problem' - malaysiakini

Salmah Mat Husain

elizabeth-wong2PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Umno kini mengintai setiap ruang bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Setelah menyedari gagal mendapat sokongan rakyat mereka menggunakan kaedah lain, biar pun di luar normal kemanusiaan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor di mana pihak tertentu menyebar foto-foto separuh bogel anggota Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang sedang tidur.

Tanpa memberi peluang kepada Adun terbabit menjelaskan perkara sebenar bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo terus mendesak Elizabeth meletak jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan.

Mengulas perkembangan itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku tidak seharusnya dipersalahkan kepada anggota Exco berkenaan, mungkin beliau dijadikan mangsa penyebaran gambar peribadinya.

“Kita sebenarnya tak boleh salahkan orang itu sahaja, tentu ada sebab yang berlaku,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian hangar dan majlis graduasi kadet batch 7, 8, 9 dan 10 Asia Pasific Flight Trainning di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini petang tadi.

Media maya hari ini melaporkan penyebaran gambar Elizabeth Wong ketika sedang tidur dalam keadaan separuh bogel.

Exco terbabit dalam kenyataannya menjelaskan beliau telah dimaklumkan pada Jumaat lalu oleh wartawan yang memiliki fotonya.

Katanya, penyebaran dan penerbitan foto tersebut merupakan satu serangan berniat jahat terhadap keperibadiannya dan ia merupakan pencabulan maruah. Beliau juga telah membuat laporan polis semalam.

Oleh itu Menteri Besar Kelantan menyerahkan kepada kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kes anggota Exco berkenaan dan bukannya pihak lain.

Bagaimanapun tambahnya apa yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya masalah peribadi.

“Ia masalah peribadi saja, di mana-mana pun boleh berlaku, yang tak keluar akhbar pun banyak, tu dah nasib dia (keluar akhbar),” katanya.

Menurutnya juga di Kelantan gambar-gambar wanita yang menjadi iklan produk tertentu dipastikan menutup aurat.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, kerajaan negeri bersedia memberi pinjaman kepada pelatih yang ingin menjalani latihan sebagai kadet juruterbang.

“Namun ia bergantung kepada tahap ekonomi kerajaan negeri dan Yayasan Kelantan Darulnaim. Kita berasa bangga dengan penubuhan pusat latihan penerbangan di sini,” ujarnya

No comments

Powered by Blogger.