Pembunuhan bermaharajalela, Polis jangan sibuk jaga program Pakatan sahaja. - malaysiakini
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan melahir rasa simpati dan takziah kepada saudara Muhammad Ali yang kehilangan anggota keluarganya dalam satu kes samun dan bunuh yang berlaku dirumah beliau di Lorong Permai 14, Ampang Tasek, Ampang Jaya.
Dalam kejadian itu, isteri beliau Nurhajahan, 39, anaknya, Nurazizah, 7, dan Nasir, 22 ditemui mati bergelimpangan di dalam bilik dan ruang tamu.
Kejadian hanya diketahui setelah beliau pulang ke rumah selepas mengikuti pengajian agama selama tiga hari di masjid, pagi semalam.
ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa bunuh di Ampang Tasik, semalam.
Paling menyayat hati, anak kecil beliau yang baru berusia setahun, Habizah ditemui sedang meratap hiba di sisi mayat ibunya dalam keadaan tubuh kecilnya yang turut bermandi darah.
Peristiwa ngeri yang dilalui keluarga Myanmar ini hampir serupa dengan kejadian seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui menangis berhampiran mayat ibunya yang dibunuh dengan kesan tikaman di dada dan perut di rumah mereka di Taman Seri Jeram 3, Jalan Bakri, Muar Johor pada Julai tahun lalu. di sini, petang semalam.
Mayat Choo Lee Fong, 24, ditemui berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman di perut, dua di dada serta beberapa kecederaan di leher berhampiran tangga di rumah kos rendah dua tingkat.
Pemudawilayah melahirkan kebimbangan akan nasib dan keselamatan rakyat dinegara ini khususnya bagi suri rumah yang tinggal dirumah disaat suami mereka tiada dirumah.
Peristiwa kejam seperti ini seharusnya tidak berlaku berulang kali. Pemudawilayah mendesak agar pihak Polis meningkatkan rondaan bagi menjaga keselamatan orang awam sama ada diluar rumah atau di dalam rumah mereka.
Walaupun pihak Polis boleh menangkap pembunuh itu, tapi apa gunanya kepada keluarga mangsa, kerana yang pergi sudah pergi menghadap tuhannya. Apa yang rakyat mahu adalah pencegahan awal agar ianya tidak berulang.
Dalam hal ini Pemudawilayah juga menyatakan kekesalan terhadap pihak Polis yang sering bangga mengumumkan jumlah anggotanya yang ditugaskan setiap kali ada Pilihanraya. Polis juga ternyata lebih seronok menghabiskan masa untuk pergi memantau ceramah Pakatan Rakyat terutamanya di Perak pada masa ini. Mereka juga lebih suka duduk menyibukkan diri bagi menghalang himpunan rakyat yang sehingga ke hari ini sudah terbukti berjalan secara aman tanpa adanya provokasi dari pihak Polis.
Sewajarnya usaha menangani jenayah seperti kes samun dan bunuh ini menjadi keutamaan Polis bukannya kes-kes politik yang jelas menunjukan ketidakseimbangan layanan Polis terhadap Pakatan.
Pemudawilayah menghormati tugas Polis dan kami juga berharap Polis memahami keutamaan tugas mereka bagi meraih kembali sokongan dan kepercayaan rakyat.
Pemudawilayah yakin bahawa ramai anggota Polis yang berdedikasi terhadap usaha memerangi jenayah diluar sana. Pemudawilayah juga menyeru kepada seluruh warga rakyat agar sensitif terhadap apa yang berlaku dipersekitaran serta berusaha membantu mengurangkan kes jenayah di dalam kawasan kejiranan mereka.
Polis dan masyarakat perlu bersatu bagi mencegah jenayah. Pemudawilayah juga memberikan sokong terhadap sebarang usaha menangani jenayah dari semasa ke semasa.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.
No comments
Post a Comment