Nik Aziz: UMNO Derhaka Kepada Allah - Malaysiakini


Misbahul Munir Masduki : Malam tadi saya berceramah dengan YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Melewar, ribuan manusia menghadiri ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan tersebut. Ucapan Tok Guru ringkas, tepat, padat dan cukup menarik. Beliau berucap lebih kurang 30 minit sahaja. Dalam ucapan seringkas 30 minit, beliau mengulas juga pergolakan politik di Perak. Antara yang diulas ialah isu MB Perak derhaka kepada Sultan. Menurutnya media membesarkan isu derhaka kepada Sultan, pada hal semua manusia adalah sama di sisi Allah, manusia yang bergelar rakyat apabila tidak mengerjakan suruhan Allah, dia akan berdosa. Manusia yang bergelar raja mahupun sultan juga berdosa, tidak ada keistimewaan di sisi Allah baik rakyat mahupun raja dalam soal yang berkaitan dengan syariat. Kewajipan tetap sama, larangan tetap juga sama. Raja sekalipun kalau minum arak, berjudi, berzina tetap berdosa dan wajib dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.

Di dalam Islam , sesama manusia derhaka ini hanya wujud antara anak terhadap kedua orang tuanya dan isteri terhadap suaminya. UMNO bising isu MB derhaka kepada Sultan, tetapi dalam masa yang sama bahkan sejak UMNO wujud lagi, ia sudah derhaka kepada Allah swt dan berterusan kederhakaannya kepada Allah. UMNO derhaka kepada Allah kerana menolak syariat, menolak Islam, menolak hukum hudud dan sebagainya. Perlakuan derhaka ini diperlihatkan melalui pertuturan dan perlakuan oleh pemimpin-pemimpin mereka, juga melalui dasar dan polisi yang ditentukan oleh mereka bagi menolak perlaksanaan syariat Islam.

Adakah Hj Nizar derhaka hanya kerana tidak mahu meletakkan jawatan, sebaliknya mahu keadilan ditegakkan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dalam menghadapi kemelut politik di Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi stabil, Hj Nizar sebagai Menteri Besar lebih cenderung memberi kepercayaan dan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru melalui proses pilihanraya. Pilihanraya hanya boleh berlaku setelah DUN dibubarkan.

Justeru itu, jangan dibesarkan isu MB Perak derhaka pada Sultan, lebih baik kita bicarakan bagaimana besarnya dosa manusia tidak kira Sultan, Menteri, Kerajaan atau sesiapa sahaja yang derhaka kepada Allah swt. Kita betulkan pemimpin-pemimpin yang tidak solat, tidak puasa, tidak tunaikan zakat, berjudi, minum arak, berzina, lawan syariat Islam dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk membetulkan mereka ialah dengan menjatuhkan kuasa politik yang ada mereka, di atas kejatuhan kuasa politik itu, kita dirikan dan tegakkan keadilan berdasarkan prinsip Islam yang sejagat. (link)

Merah Hitam : Jemputan dari Wartawan Harakah Anis Nazri supaya saya berkongsi pengalaman sebagai keluarga mangsa ISA, saya sambut dengan gembira.
"Kak Laila diberi masa 10 minit untuk berkongsi tentang kezaliman BN yang sedang dihadapi sekaran" kata Tarmizi Mohd Jam pengajur program.
Ohhh!!! Macammana nak kongsi kesusahan 7 tahun dalam masa 10 minit? Saya cuba pendekkan semua fakta-fakta yng wajib dan perlu diketahui oleh penonton. Rasanya agak laju juga aya bercakap....harap-harap semua mesej sampai pada mereka yang hadir.
Penceramah malam ni semuanya hebat-hebat belaka. Selain Misbahul Munir, S/Usaha MB Perak yang sah, ada YB Salehudin Ayub, Tok Guru Nik Aziz dan adik kepada Almarhum Borhanudin Helmi, seorang bekas tahanan ISA yang mati akibat sakit teruk sewaktu dalam tahanan.
Namun, saya terpaksa pulang kerumah dengan segera kerana esok pagi saya perlu ke Kemta untuk menyelesaikan beberapa perkara bersama suami di Kem Kamunting.
Sebelum majlis bermula, saya sempat abadikan gambar didewan....Kehadiran orang ramai memang hebat.Didalam dewan penuh sesak dengan penonton, diluar dewan pula setiap inci tanah di Markaz itu turut di duduki oleh orang ramai...Semua mereka ingin mengetahui perkembangan terkini di Perak.
Esok saya akan ke Taiping, Perak dan berharap dapat mendapat berita terkini dari sana.....Sebenarnya, semakain kejam BN pada orang Perak (kita semua dah jadi orang Perak), semakin tinggi sokongan rakyat pada PR.... Kita semua penyokong keamanan dan keadilan tidak akan rugi apa-apa...BN makin tertekan....
p/s:Sesiapa yng dengar ceramah di Melewar sampai habis, boleh update di blog ini ya...

No comments

Powered by Blogger.