Rasuah yang parah dalam Umno, kata SN Pak Samad - Malaysiakini


Bila orang sastera dan pejuang bahasa pun sudah berani berdiri teguh di pentas pembangkang bercakap mengenai rasuah dan penggunaan kuasa yang gila, bertambah semarak gelombang perubahan. Dari riak kecil beralun kini menjadi badai!

Sasterawan Negara, A.Samad Said (Pak Samad) kesal dengan budaya rasuah yang melanda Umno mutakhir ini yang baginya semakin parah.

Paling dikesali, pihak berkuasa hanya mengambil tindakan ke atas perasuah yang merasuah sekitar ratusan ringgit, sedangkan pemimpin yang merasuah hingga jutaan ringgit dibiarkan terlepas, kata SN Pak Samad seperti mana dipetik oleh Harakahdaily.

Walaupun beliau menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan ke atas beberapa ahli dan pimpinan bawahan Umno yang terbabit dengan rasuah, namun kelompok yang lebih tinggi yang merasuah dengan wang yang lebih banyak tidak pun dikenakan tindakan, dan ini dikesali, kata A.Samad Said.

"Rasuah ini yang bawah itu memberi dengan nilai yang kecil kerana ianya juga datang dari yang atas yang mempunyai dana yang besar.”

"Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tersilap memilih pemimpin yang menggantikannya, biarpun beliau berpengalaman memerintah selama 22 tahun, tetapi beliau mengakui silap memilih pengganti apabila memilih Abdullah Badawi ini.”


Umno mutakhir ini cenderung kepada rasuah, dan laporan demi laporan mengenai perihal rasuah Umno ini membuatkan rakyat semakin menolak parti ini, katanya.

Beliau seterusnya bimbang akan senario ini yang akhirnya hanya akan menghancurkan perjuangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mengajak rakyat terutamanya kelompok muda hari ini melakukan perubahan.

Berkaitan: Isu PPSMI: SN Pak Samad di pentas PAS
Berkaitan:
PPSMI: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad

Dalam perkembangan lain laman web Unika melaporkan bahawa baru-baru ini Pak Samad telah berada di pentas markas PAS di Taman Melewar Kuala Lumpur bagi membacakan sebuah sajaknya yang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang banyak merosakkan bahasa dan kebudayaan Melayu.


Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) dipetik sebagai berkata oleh laman berita Malaysiakini.


Berkaitan: Isu Perak: Allah akan memenangi yang benar, kata Baha Zain

No comments

Powered by Blogger.