Samseng Melayu akhirnya tumpas


INILAH rumah di Kajang yang dijadikan markas 'Geng Samseng Melayu'.


KUALA LUMPUR - Siapa sangka geng penjenayah turut mementingkan pemilihan nama sebelum membentuk sesebuah kumpulan jenayah.

Nama kumpulan yang gah seperti 'Geng Samseng Melayu' atau dalam bahasa Ingeris 'Thug Geng Malay' amat penting bagi menakut-nakutkan sasarannya.

Satu sumber memberitahu, ahli-ahli geng itu mengutip antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan sebagai wang perlindungan daripada para pemilik pusat hiburan yang diugut.

Bayaran wang perlindungan ditentukan berdasarkan kepada taraf sesebuah pusat hiburan itu.

Kosmo! difahamkan, terdapat tujuh pusat hiburan di Cheras sehingga ke Jalan Pudu di sini berada dalam genggaman geng tersebut.

Beberapa buah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang juga diperas ugut oleh geng itu.

Jika wang perlindungan tidak dibayar, mereka akan membuat kecoh atau menimbulkan pergaduhan di pusat hiburan tersebut.


SEBAHAGIAN senjata yang dirampas daripada tujuh penjenayah yang ditahan di Kajang Jumaat lalu.


Satu sumber memberitahu, Geng Samseng Melayu dikatakan lebih berminat menguasai pusat-pusat hiburan yang dikategorikan sebagai pub berbanding disko atau karaoke.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ab. Aziz Zakaria berkata, kumpulan yang aktif sejak awal tahun lalu itu tumpas apabila tujuh orang anggotanya ditahan termasuk dua wanita rakyat asing.

No comments

Powered by Blogger.