Seks X-ray dalam klinik


KERATAN Kosmo! pada 12 Februari.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan video adegan seks melibatkan kakitangannya dalam bilik X-ray yang menjadi kontroversi baru-baru ini dilakukan di sebuah klinik kesihatan kerajaan di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun enggan mendedahkan nama klinik terbabit, namun beliau berkata, tindakan tatatertib akan diambil ke atas kakitangan terlibat sekiranya didapati bersalah melakukan perlakuan tidak bermoral itu.

Katanya, isu itu merupakan sesuatu yang serius dan tidak sepatutnya terjadi memandangkan lokasi pengambaran video klip itu dilakukan dalam sebuah premis kerajaan.

"Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan siasatan masih berjalan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Hospital Pantai di sini semalam.

1 comment

chua habag mai said...

hahhaha Kerabu,

depa ikut Mantan menteri depa lah tu, Seks dalam hotel bersama laptop.menteri kencing dalam hotel, staff seks dalam dalam bilik x-ray

ini agaknya dipertahankan oleh isap mudin, sampai darah terakhir?

Powered by Blogger.