sebelum jadi PM najib dah mula sapu- malaysiakini
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menganggap pemilihan Tanjung Agas, di Pekan, Pahang sebagai lokasi pembinaan Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim adalah tepat kerana lokasinya yang strategik di Laut China Selatan.
Baginda bertitah, ia membolehkan industri di daerah itu berkembang pesat, selain menarik minat negara serantau seperti Indonesia, Filipina, Taiwan, Hong Kong dan China untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
“Pekan adalah Bandar Diraja dan Beta percaya bandar ini akan terus mendapat manfaat menerusi pembangunan yang akan dijalankan nanti.
“Bagaimanapun, usaha keras untuk memastikan pembangunan yang dirancang sudah bermula dan ia memerlukan usaha semua pihak untuk memastikan segala perancangan membuahkan hasil,” titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika melancarkan taman itu, di sini semalam.
Sultan Ahmad Shah juga berharap projek yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion itu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk, selain mengubah landskap negeri itu.
projek najib ni kawan-kawan..dah balun dah
No comments
Post a Comment