TERBUKTI WUJUD KONSPIRASI JAHAT DI PERAK
Sudah terang lagi bersuluh bahawa wujud konspirasi 'caca marba' rampasan kuasa Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Bermula daripada pembentukan 'Kerajaan Perak' yang melanggar aturan undang-undang sehinggalah episod dan drama penipuan demi penipuan yang dilakukan. Terkini Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.
"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.
Menurut Norliza, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.
Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.
Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.Saya yakin penangguhan kes ini memang sengaja diada-adakan untuk melambat-lambatkan kes berkenaan. Bukankkah kedua-kedua bekas adun berkenaan telah ditawarkan 'pengampunan' terhadap kes rasuah yang dihadapi mereka.
Tindakan Osman Jailu ternyata telah menipu dan menghina mahkamah. Tapi tak pelik, kalau kerajaan yang sah dan pilihan rakyat boleh dikhinati inikan pula hanya sekadar menipu mahkamah.
Kita tunggu adakah laporan polis dan tindakan akan diambil atau sekadar hanya akan melihat sebelah mata sahaja apa yang berlaku.
Hebat macam mana pun mereka cuba menipu dan memperdaya rakyat tetapi yakinlah sesuatu pembohongan, unsur fitnah dan khianat tidak mampu bertahan lama.
http://angkasanuri.blogspot.com/
No comments
Post a Comment