PKR BIMBANG SPEKULASI ATAU TAKUT?


Hari ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memanggil semua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembakang untuk bertemu dan menjamin tiada yang ‘hilang’.

Fenomena wakil rakyat hilang dalam PKR kini bagaikan suatu kesan ‘domino’ dari Perak, Kedah dan kini Selangor.

Yang peliknya, fenomena kehilangan wakil rakyat PKR dikaitkan dengan ‘isu seks’.

Tidak usah dipanjangkan mengenai isu di Perak dan di Kedah tetapi yang terbaru mengenai kehilangan ADUN di Selangor ini pun sedikit sebanyak dikatakan terpalit dengan isu yang tidak sedap didengar.

Benar atau tidak, ‘tuan badan’ perlu menafikannya!

Menurut Agendadaily.com, sumber PKR memberitahu, ADUN Pelabuhan Kelang yang 'menghilangkan diri' itu pernah ' tertangkap basah' dengan seorang wanita oleh isterinya sendiri.

Ikut ceritanya ekoran itu pelbagai tekanan diterimanya daripada keluarga dan ahli-ahli PKR.

Selain itu, beliau juga dikatakan kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR itu sepanjang menjadi wakil rakyat, beliau memang bersifat lone ranger.
Badul Hisham juga dikatakan pernah meluahkan rasa terkilan kerana hanya diberikan tanggungjawab sebagai penyelaras perpustakaan awam kerajaan negeri di Shah Alam sedangkan ADUN PKR lain mendapat kedudukan yang lebih baik seperti pembantu Exco dan jawatan lebih tinggi.

Tidak banyak yang diketahui tentang dirinya kerana bagi kalangan PKR negeri, Badrul Hisham dikategorikan sebagai wakil rakyat yang ‘tidak perform’ dan kurang disenangi oleh Menteri Besar Selangor.

Beberapa orang ahli UMNO kawasan Pelabuhan Kelang yang ditemui kata mereka pun ada dengar cakap-cakap mengenai kisah masalah peribadi ADUN PKR itu.

Namun mereka tidak terkejut jika ada sesuatu hal yang tidak kena melibatkan ADUN itu timbul nanti UMNO akan jadi kambing hitam.

” Setahu kami itu masalah peribadinya dan itu soal dalaman PKR sendiri,”kata salah seorang daripada mereka kepada Agendadaily. com
Khalid mengatakan pertemuan pakatan pembangkang hari ini untuk menghilangkan spekulasi. Apakah benar demikian?

Bukankah pertemuan itu untuk menjamin wakil rakyat berkenaan ‘tidak hilang’ dan boleh membawa kepada sama ada ‘lompat’ atau ‘meletakkan jawatan’?
Kata Khalid, mesyuarat pakatan pembangkang Selangor itu bagi membincangkan bagaimana untuk menghentikan semua spekulasi yang timbul termasuk kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Menghentikan spekulasi atau menjamin ADUN di Selangor tidak lompat parti dan bimbang akan rebah seperti di Perak!
Sebagai Menteri Besar Selangor, beliau mengharapkan mesyuarat g akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.
Beliau turut menafikan mengenai berita kehilangan Badrul Hisham seperti yang 'dibimbangi' Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Aziz Johari.

''Tak ada ...Saya rasa di Klang pun mereka tak jumpa satu sama lain... Tapi sekarang oleh kerana beberapa insiden yang berlaku di Perak kita agak sensitif tentang perkara ini.
''Esok (hari ini) saya akan jumpa dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk adakan perbincangan supaya tidak ada spekulasi yang akan diutarakan oleh mana-mana pihak," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri petang semalam.

Kenyataan Aziz di dalam sebuah akhbar tempatan semalam bimbang dengan kehilangan Badrul Hisham sejak lima hari lalu yang kononnya ada kaitan dengan Barisan Nasional (BN).
Ditanya sama ada semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat akan hadir Abdul Khalid berkata, mereka yang ada di dalam negara dan tidak mempunyai urusan yang lebih penting pasti akan hadir.

Menjawab mengenai ura-ura beberapa ADUN pakatan pembangkang di Selangor akan melompat parti, Abdul Khalid sambil ketawa berkata:

''Dia orang tak berani melompat... Ini spekulasi... Pada saya setiap Ahli Parlimen dan ADUN bukan sahaja bertanggungjawab pada parti tetapi juga pada rakyat yang telah mengundi mereka.

''Jadi terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan."
Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menafikan khabar angin bahawa empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu akan meninggalkan PKR.

Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Yaakob Sapari berkata, khabar angin itu tidak mempunyai asas kerana setakat ini tiada ADUN daripada PKR menyatakan hasrat mahu berbuat demikiani.

http://hambali1.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.