Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar cedera parah dalam nahas-malaysiakini



KUALA TERENGGANU: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Senator Datuk Maznah Mazlan, cedera parah selepas terbabit kemalangan di Gong Badak di sini, jam 2.30 petang tadi.

Kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dinaiki Maznah bertembung dengan Pajero milik Jabatan Kesihatan di depan Universiti Darul Iman, Kampus Kusza, di sini.

Ketika kejadian kenderaan yang dinaiki Maznah hendak ke pusat bandar manakala Pajero berkenaan datang dari arah bertetangan dan cuba mengelak sebuah kenderaan lain sebelum bertembung.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam negeri, Supt Farid Mahmud, mengesahkan kejadian itu tetapi belum dapat memberi butiran lanjut.

No comments

Powered by Blogger.