tok guru biarkan la brehim terjun ke dalam UMNO!


Datuk Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau akan mempertimbang pelawaan menyertai semula Umno selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasannya.

Ibrahim yang juga ahli Bebas berkata, beliau perlu mengambil kira pelbagai faktor kerana tidak mahu "pisang berbuah dua kali".

"Saya amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, saya sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong. Saya mempunyai jentera sendiri. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mereka saya akan ikut.


"Kalau nak terima saya, terimalah kelantangan saya selagi saya tidak melanggar disiplin tetapi kalau saya ada kes rasuah atau menjejaskan parti, silalah buang saya secepat mungkin tetapi jangan buang saya hanya kerana kelantangan saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad, berkata Umno Kelantan sedia menerima Ibrahim sekiranya beliau mahu kembali. - Bernama


mu g dalam umno lagi senang...muka tok malu...perangai macam ni nak jadi wakil rakyat.

aku dok ingat lagi time brehim ceramah sebelum pilihan raya dulu... pemimpin yang tiada kemaluan!!!!!

1 comment

singamaraja said...

Ibrahim Ali katak itu bukan ada moral lo, kerna itu jangan bikin komen apa-apa sama dia

Powered by Blogger.