'Gomo Kelate Gomo' sindir Selangor



MOHD. ZAIDAN



SITI NORSYAZWANI


GOMO Kelate gomo, Kita gomo sampai selok,Selangor jange mimpi mene sokmo,Piala FA hok Kelate pulok.

Itu pula antara bait-bait pantun yang diungkapkan oleh penyokong Kelantan sebagai membalas pantun daripada penyokong Selangor yang disiarkan Sukan Kosmo! semalam.

Ribuan penyokong Kelantan seolah- olah tidak sabar berkampung di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor malam esok.

Lebih membanggakan, rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang yang berada di sekitar Lembang Klang juga tidak akan ketinggalan memenuhi stadium tersebut.

Berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh Wira Merah, penyokong Kelantan percaya skuad kesaya- ngan mereka dapat menjulang Piala FA yang diimpikan sejak 39 tahun lalu.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Haron Ali berkata, beliau berbangga apabila dijangkakan lebih 40,000 penyokong Kelantan akan memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

Menurutnya, kehadiran penyokong setia itu diharapkan dapat membangkitkan semangat juang pemain-pemain Kelantan sehingga ke tiupan wisel terakhir.

"Rakyat Kelantan gembira apabila pasukan negeri berjaya mencipta seja- rah layak ke perlawanan akhir Piala FA.

"Malah mereka juga tidak sabar meraikan sejarah lebih gemilang membawa pulang Piala FA ke Kelantan yang ditunggu-tunggu sejak 39 tahun lalu," katanya di Kota Bharu semalam.

Seorang penyokong Kelantan, Mohd. Zaidan Abd. Rahim percaya, Kelantan mampu melakukan kejutan menjuarai Piala FA walaupun musuh yang bakal ditentang merupakan antara pasukan yang hebat pada musim ini.

Menurutnya, jurulatih Kelantan, Peter James Butler pasti menggunakan pengalamannya mengatur strategi terbaik untuk menewaskan pasukan Selangor.

"Saya percaya pemain Kelantan tidak akan mempersia-sia peluang terbaik mereka untuk menjulang Piala FA musim ini," ujarnya.

Siti Norsyazwani Tajudin pula berkata, beliau tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pertarungan hebat antara pasukan Kelantan dengan Selangor bagi merebut Piala FA.

Menurutnya, kedua-dua pasukan itu pasti mempamerkan persembahan terbaik mereka pada perlawanan akhir itu.

Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan penyokong Kelantan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej mereka dan negeri.

No comments

Powered by Blogger.