Komen Dr M tak relevan: Nazri?

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menganggap pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak menjadi menteri sebagai tidak relevan.

Katanya, beliau tidak sedikit pun terganggu dengan komen yang diberikan itu dan tidak mahu ambil kisah mengenai isu berkenaan.

“Lihat pada saya sekarang, adakah saya kisah atau terganggu dengan perkara itu.., tak berbaloi komen mengenai isu ini. Dia orang tua, apa difikirkannya tidak lagi relevan, biarkan dia bercakap.

“Kalau anda semua (wartawan) nak layan, terpulang kepada anda, tapi pada jam 12.35 tengah hari ini (semalam), saya masih lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia orang tua, biarlah dia,” katanya pada sidang media, di Bangunan Parlimen, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi semalam berikutan penggantungan sebagai Ahli Parlimen selama 12 bulan, berkuat kuasa 16 Mac lalu, Nazri berkata, biar mahkamah membuat keputusan.

“Tiada apa yang perlu ditakutkan mengenai perkara itu. Dia sudah kehilangan banyak duit dan kini cuba untuk mendapatkan balik duit dia, saya tiada masalah dengan hal itu, biar mahkamah yang putuskan,” katanya.

Mengulas mengenai isu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mungkin akan dibubarkan jika tidak bersidang pada tempoh yang ditetapkan, Nazri berkata, sekiranya Dewan tidak bersidang tanpa sebarang sebab, tentu ia akan dibubarkan.

Sementara itu di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam, Gobind memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi perintah penggantungannya dari Dewan Rakyat selama setahun adalah tidak sah berikutan ia melanggar peruntukan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Gobind, 36, dalam samannya itu menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai defendan pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai defendan kedua dan Setiausaha Dewan Rakyat serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga dan keempat.

Beliau yang mewakili dirinya sendiri memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, di sini, pada jam 12 tengah hari, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Dalam saman yang dikemukakan itu, Gobind turut memfailkan perakuan segera supaya kesnya didengar secepat mungkin kerana sidang Dewan Rakyat penggal kedua akan bermula 16 Jun ini, bagi membolehkan beliau menghadiri sidang itu.


kahkahkah...menteri tak guna? kahkahkah....kesian hang nazri! kahkahkah.... kirim salam kat anak hang tu erk? peluk pompuan lagi ker?

No comments

Powered by Blogger.