1malaysia kaya..pecat imam berkata benar. parti 1malaysia terasa!

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya yang menyeru "pemerintahan adil, telus" diberikan pampasan dua bulan gaji.

Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50 "sebagai menggantikan notis pemberhentian kerja".

Imam lulusan syariah dari sebuah universiti di Jordan itu memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau sedang merancang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah enggan mengulas lanjut tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi.

No comments

Powered by Blogger.