apabila ketua perogol demokrasi bercakap pasal undang-undang!

Kalau menghormati peraturan dan undang-undang negara, tak akan jadi kemelut – PM

Najib menegaskan, kemelut politik di Perak boleh dielakkan sekiranya semua pihak mematuhi undangundang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Maknanya kerjasama dalam konteks urusan pentadbiran negara, kalau kita menghormati undang-undang, semua pihak juga perlu mematuhi undang-undang, sebenarnya kalau kita semua ikut peraturan, tak ada kemelut, kalau menghormati peraturan dan undang-undang negara, tak akan jadi kemelut, bila masing-masing menegakkan benang basah, jadilah masalah,” katanya.

Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersikap terbuka dan mahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

“Kita tidak mahu keadaaan ini (di Perak) berterusan, kita hendak berkhidmat kepada rakyat, untuk semua kaum di Perak dan seluruh negara,” kata Najib.

Mengulas mengenai Majlis Tertinggi Parti Progresif Rakyat (PPP) yang meluluskan usul memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah kerana didakwa terbabit politik wang, Najib berkata, beliau perlu meneliti terlebih dahulu perkara berkenaan.

“Saya tak tahu apa-apa (berhubung perkara itu) melainkan menerusi akhbar,” kata Najib.

Ditanya kedudukan Murugiah dalam kabinet, Najib berkata: “Saya kena fikir dulu”.


http://www.bernama.com

No comments

Powered by Blogger.