Awas, akar umbi UMNO akan reput

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, parti itu tidak boleh lagi bersandarkan sentimen dan ingatan nostalgia perjuangannya membela bangsa, agama dan negara kerana ia masih tidak mencukupi untuk mendapat sokongan rakyat.

Katanya, persekitaran politik sekarang sudah jauh berbeza, termasuk masyarakat dan pengundi yang lebih terdidik dan bermaklumat hasil kejayaan dasar yang diperjuangkan Umno ketika ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Nampaknya DS Najib sudah mula bercakap atas realiti dan hakikat yang sebenar. Anggapan selama ini UMNO besar dan berkuasa menentukan kerajaan nampaknya sudah lapuk dimakan zaman.

Jika DS Najib sudah mula turun ke Petaling Street, Jalan Mesjid India dan Puduraya apa kata DS Najib juga turun ke bawah bertemu ketua-ketua cawangan di akar umbi kerana mereka inilah pemimpin-pemimpin kecil yang sering disisih presiden parti. Suara-suara kecil mereka selalu ditapis oleh ketua-ketua bahagian.

Elak dari hanya bergantung maklumat dari ketua-ketua perhubungan negeri dan ketua-ketua bahagian kerana mereka ini kebanyakan tidak memberi gambar yang tepat diperingkat akar umbi kerana masaalah-masaalah di cawangan semuanya disapu kebawah karpet. Malah tidak kurang ramai juga yang berkepentingan diri untuk melobi menjadi wakil rakyat dan paling tidak pun melobi projek-projek mega kerajaan.

Alasan tidak ada masa kerana kesibukan menjadi Perdana Menteri juga sudah lapuk kerana pengurusan masa harus cekap disusun dan rapi oleh setiausaha-setiausaha keliling pinggang dari sulit sampai politik.

Yang utama akar jangan reput kalau akar reput pokok yang ratusan tahun pun akan tumbang dengan sekelip mata tanpa disedari.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.