bermula la persidangan gelap!

Wak rasa wak nak stop ajer setakat ini. Wak dah kuciwa beb ! Kuciwaaa...! huhuhuhu..! Wak rasa Baginda Raja Muda akan masuk untuk resmikan Sidang DUN. Selamat Bersidang..Demokrasi kian tercalar. Wak dah habis bahasa nak tulis ni beb! Ada Adun PR kena belasah ? Adehh..sakit tu beb ! Mau bertaburan bintang2 di lantai..

Suasana tegang di kerusi Speaker
Update 3.20pm
Raja Muda telah masuk ke dewan. Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa. Kemudian Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka. Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform mohon keluar dewan, tetapi tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar. Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

http://politikbanjar.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.