Bukan Pertembungan Ulamak dan Profesional


Isu kepimpinan Ulamak semakin terheret sehingga dikatakan seakan-akan berlaku pertembungan antara profesional dan Ulamak. Bagi penulis, pertembungan antara profesional dan ulamak bukannya satu isu relevan lagi pada masa kini. Yang penulis timbulkan dalam penulisan ini ialah apabila ada orang yang mempertikaikan kepimpinan ulamak.

Bagi penulis, ini bukan pertembungan antara ulamak dan profesional. Tapi ini adalah pertembungan antara pendokong kepimpinan ulamak dan mereka yang ingin kepimpinan ulamak di mansuhkan.

Kepimpinan ulamak tidak pernah mengetepikan golongan profesional. Sejak bila PAS dikuasai oleh ulamak sahaja.? Kalau PAS dikuasai oleh Ulamak semata-mata sudah tentu Ahli Dewan harian dan AJK PAS Pusat dikuasai oleh Ulamak. Tetapi realitinya tidak. Golongan yang bukan ustazawan lebih majoriti dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Jumlah Ulamak dan Bukan Ulamak hampir sama banyak. Bahkan dalam Dewan Harian PAS Pusat, golongan bukan ulamak lebih majoriti dari mereka yang bergelar ustaz dan Ulamak.

Sebab itu, ini bukan pertembungan antara ulamak dan profesional.

Setiausaha Politik dan setiausah Akhbar Tuan Guru Presiden bukan Ulamak. Mereka golongan profesional. Tetapi mereka menyokong kepimpinan ulamak.

Ketua Pemuda PAS bukan Ulamak. Tetapi beliau antara yang mendokong kepimpinan Ulamak

Kepimpinan Ulamak ini terhasil daripada kombinasi Ulamak dan profesional dalam PAS. Cuma dalam tradisi kepimpinan parti. Ulamak perlu dilantik sebagai Presiden dan timbalan presiden parti.

Ini menjadi keperluan kerana PAS ingin membawa suara Islam. setiap perbincangan dengan mana-mana pihak samada mesyuarat bersama PAKATAN RAKYAT atau muqabalah UMNO sekalipun. Agenda Islam mesti menjadi keutamaan.

Penghujahan syarak diperlukan kalaulah perbincangan tersebut memerlukan PAS mempertahankan Islam.

Sebab itulah, penulis cukup bersetuju dengan pandangan Ust. Hasan Syukri yang menyebut bahawa profesional boleh menjadi pemimpin PAS bersyaratkan pemimpin itu arif tentang hukum-hakam, fikh Islam dan tahu mentafsir ayat-ayat Al-Quran.

PAS memerlukan Ulamak profesional yang pakar dalam Islam dan hebat dalam pengurusan.

Tuan Guru Presiden PAS telah menunjukkan ketegasan dalam isu 16 September dengan mensyaratkan bahawa ahli Parlimen Islam mesti majoriti.

Walaupun ketika terdapat pimpinan PAS yang mengatakan tidak apa kalau Suara Islam tidak majoriti berasaskan bahawa selepas tumbangnya kerajaan, kemungkinan suara Islam pasti menjadi majoriti dengan sebab kemasukan ahli Parlimen Umno secara beramai-ramai dalam PAKATAN RAKYAT.

Tetapi Tuan Guru Presiden telah menunjukkan lagi ketegasan bahawa dari sudut dasar parti. sebarang hujah kemungkinan tidak boleh diterima.

Alhamdulillah, hasil ketegasan ulamak, PAS semakin meningkat naik popularitinya walaupun Agenda 16 September menemui kegagalan. Bayangkan ketika itu, presiden tidak tegas dalam soal dasar. Bagaimana pandangan masyarakat kepada PAS pada hari ini.

Teringat kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadhil dalam salah satu ucapan dasarnya antara lain menyebut : PAS mestilah contemporary dalam tindakan , fundamental dalam berprinsip dan bersikap futuristic dalam merancang atau merencana.

Ini antara ucapan menjadi agenda penting dalam gerak kerja PAS. inilah yang sedang di bawa oleh kepimpinan Ulamak.


Muzakarah dan Unity Goverment antara idea futuristic dalam merancang dan merencana di samping mengambil kira fundamendal dalam berprinsip


Ada pihak yang cuba membanding-banding antara kepimpinan Ustaz Fadhil dan Tuan Guru Presiden.

Bagi penulis, kepimpinan Ustaz Fadhil sesuai pada zamannya. Kepimpinan Tuan Guru Presiden sesuai pada zamannya. Kelebihan dalam kepimpinan Ust. Fadhil dahulu diambil sebagai teladan dan kelemahannya di ambil sebagai sempadan.

Begitu juga dengan situasi sekarang. Kepimpinan ulamak terbuka untuk menerima kritikan ke arah penambahbaikan. Bukannya untuk menjatuhkan.

www.attakiri.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.