Chua-Husam bincang 'isu sensitif'

Pertemuan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa asalnya bertujuan mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Perak.

Bagaimanapun kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh menimbulkan spekulasi baru apabila menyatakan terhadap "isu-isu sensitif" yang mereka bincangkan dan "tidak boleh dilaporkan."

Bekas menteri kesihatan menjelaskan mereka berdua juga membincangkan isu-isu politik negara selain krisis rampasan kuasa BN di negeri tersebut.

Pihal MCA turut diwakili oleh anaknya dan ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong dan juga ahli jawatankuasa pusat parti itu Loh Seng Kok.

Selepas pertemuan mereka hari ini, Husam gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Dalam kenyataannya, Dr Chua juga berkata orang ramai kini muak dengan permainan politik berlebihan antara BN dan Pakatan Rakyat, selain krisis berlarutan di Perak sejak Februari lalu.

No comments

Powered by Blogger.