Haron Din tarik diri tanding Timbalan Presiden PAS

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

 PETALING JAYA:
Calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut pada pemilihan muktamar parti itu bulan depan.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.

"Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.

"Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.

Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.

Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

No comments

Powered by Blogger.