hishamudin kebas kaki dok borong keropok lekor malam ini!

Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan pertemuan dengan ketua Umno bahagian dan ADUN BN di Terengganu malam ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu sekarang.

Kemelut itu tercetus ekoran sebahagian daripada 24 ADUN BN tersebut mendesak Ahmad meletak jawatan menteri besar.

Malaysiakini difahamkan, pertemuan bermula jam 9 malam tadi apabila Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan kesemua lapan ketua bahagian Umno dari negeri itu.

Mereka termasuk tiga ADUN yang juga ketua bahagian, iaitu bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh (Besut); Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (Kemaman) dan Yahya Katib Mohamad (Marang)

Manakala sesi pertemuan dengan ADUN BN pula bermula jam 10 malam tadi dan masih berlangsung.

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri di Putrajaya.

Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan ketika ditemui Malaysiakini selepas perjumpaan tersebut berkata, Hishammuddin meminta ketua-ketua bahagian bersatu padu dan berusaha menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

Beliau yang juga ketua Umno bahagian Dungun berkata, pada saat ini, ketua-ketua bahagian bersetuju untuk mengambil tindakan tersebut.

"Kemleut politik Terengganu bukan disebabkan oleh ketua-ketua bahagian, tetapi disebabkan tindakan ADUN-ADUN yang buat hal sendiri," katanya.

Rosli berkata, Hishammuddin mengadakan perjumpaan malam ini kerana mahu mendengar masalah politik yang berlaku di Terengganu.

Sementara itu, perjumpaan Hishammuddin dengan kesemua ADUN BN Terengganu masih berlangsung.

No comments

Powered by Blogger.