lim geram

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang, seperti pemimpin pembangkang yang lain, selalu sinis pada media arus perdana tetapi hari ini beliau melepaskan rasa lebih geram terhadap akhbar The Star.

Dengan melabelkan laporan tersebut sebagai "pelacuran prinsip-prinsip kudus kewartawanan", ahli parlimen Ipoh Timur juga menyifatkan harian itu mempersenda-sendakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut semalam.

Lim sangat tidak berpuas hati dengan liputan besar kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menghentamnya berhubung keputusan kabinet mengenai status agama anak apabila salah seorang ibu bapanya menganut Islam.

Lim juga mendakwa akhbar berbahasa Inggeris itu sengaja tidak menerbitkan reaksinya terhadap Liow yang mendakwa bekas setiausaha agung DAP itu bercanggahan dengan pengerusinya Karpal Singh.

Peguam terkenal itu menyokong keputusan kabinet pada 23 April lalu, sedangkan Lim pula dilaporkan tidak menyatakan sebarang pendirian.

Menegaskan bahawa beliau telah beberapa kali menyatakan sokongan pada keputusan jemaah menteri melalui kenyataan di blognya, Lim juga membidas Liow dengan menyifatkan menteri kesihatan itu tidak memahami bahasa Inggeris yang asas.

"Sama ada Liow mempunyai masalah besar untuk memahami bahasa Inggeris, yang memerlukan beliau menjalani latihan semula dengan kadar segera bagi mengelak memalukan kerajaan dan negara ini apabila beliau bertindak sebagai menteri kesihatan di dalam dan luar negara, atau beliau memang bebal," kata Lim hari ini.

"Jika bukan begitu, dan telah dikelirukan oleh pembantu-pembantunya yang tidak boleh diharapkan untuk mengeluarkan cabaran itu (terhadap saya), jadi beliau tentu tahu cara untuk memperbaiki keadaan itu." star

No comments

Powered by Blogger.