Nyalaan lilin: MP dan ADUN DAP ditahan




Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin

ADUN Teratai, Jenice Lee

Dua wakil rakyat DAP adalah antara sebelas orang yang ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".

Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Mereka ditahan bersama sembilan pekerja parti itu yang menyertai nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam ini.

Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

No comments

Powered by Blogger.