pemuda umno kelantan pelawa nik abduh sertai umno!

KOTA BHARU 10 Mei – Pemuda UMNO negeri menyifatkan kekalahan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam pertandingan untuk jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri ini membuktikan bahawa beliau tidak lagi diterima dan relevan dalam sayap kanan parti itu.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, kekalahan itu juga mencerminkan bahawa Dewan Pemuda Pas negeri itu tidak terbuka dan enggan menerima teguran yang dibuat oleh Nik Abduh walaupun demi kebaikan mereka dalam blognya baru-baru ini.

Justeru itu, beliau mempelawa bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan itu untuk menyertai UMNO bagi meneruskan perjuangannya demi umat Islam dan Melayu di negeri ini.

“Ramai yang melihat kekalahannya adalah berpunca daripada teguran terhadap pembantu-pembantu bapanya dalam blog peribadinya.

“Bagi saya, kekalahan ini melihatkan bahawa Nik Abduh tidak lagi diterima dan relevan oleh Pemuda Pas Kelantan untuk memberi teguran dalam membina institusi parti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.