PENANTI : Ulangi Kebijaksaan Dulu Untuk Raih Kemenangan

Begitu juga dalam melayani kerenah anak-anak nakal Pas di Permatang Pauh yang begitu bernafsu untuk meletakkan calon pilihan yang mereka sangka pada pengamatan jiwa muda mereka lebih sesuai dengan membelakangkan Presiden TIDAK dilayan langsung oleh YAB Tuan Guru Presiden. Pada fikiran saya Tuan Guru Presiden sekali lagi mengambil sikap "Bo Layan" terhadap kerenah budak-budak nakal Permatang kerana jika dilayan budak-budak ini akan semakin menjadi.
Tidak mudah kalau dilihat tugas berat Presiden Pas untuk membawa parti terus menuju keambang kejayaan walau pun dibantu dan disokong sepenuhnya oleh ramai cerdik pandai dan ilmuan dalam Pas kerana presiden Pas masih lagi terpaksa berhadapan dengan golongan yang "terlebih cerdik" dalam parti. Pada lazimnya anak-anak yang bodoh tidak akan merosakkan parti tetapi anak-anak yang terlebih cerdik inilah yang sering membawa onak dan kerosakan dalam parti dan ia seharusnya diselesaikan dengan cara secerdik-cerdiknya. Saya kira, dalam masa terdekat ini, soal budak-budak nakal ini akan segera dapat diselesaikan kerana Penawar DNA belum disuntikkan lagi.DNA saya rujuk kepada Dato' Nik Aziz yang pada hemat saya sedang menyusun kata berbincang bersama TG Presiden untuk mengeluarkan kenyataan yang mampu membuka minda dan menutup mulut budak-budak nakal ni. Tunggu dan bersabarlah sedikit masa lagi.


No comments
Post a Comment