Perkembangan terbaru PPSMI & Surat kepada DSAI

4:34 petang, 12 May, 2009

Saya ke Universiti Malaya petang tadi dan kebetulan rakan yang saya bertemu itu mahu ke PKR Pusat di Damansara. Kami tiba di sana jam 12:30 p.m ketika Prof Abdullah Hassan sudah melontarkan banyak pandangannya.


"Jom bang, kita pii sekali," seorang adik mengajakku ke sana. Sebetulnya, saya tak masuk. Tapi, atas semangat nak mansuhkan PPSMI, maka saya boleh juga masuk.

Maklumat dalam mesyuarat tergempar itu tak patutnya dihebahkan. Walaupun begitu, saya menulis di sini sekadar mahu menceritakan apa-apa yang mereka rancangkan. Hal itu biarlah rahsia antara mereka.

Apa-apa yang ingin saya rakamkan di sini ialah pandangan saya berhubung isu PPSMI ini yang tidak dipertalikan dengan ruh agama.

Kalau pun ada dipertalikan PPSMI dengan agama, ia sedikit sangat. Kalau pun ada, agamawan kita tak berminat sangat. Jadi bagaimanakah kita mahu pupuk minat agamawan untuk memanasuhkan PPSMI ini?

Kepada Anwar Ibrahim

Mahu berbicara kepada Anwar Ibrahim tadi, tapi suara itu tidak kesampaian kerana masa sudah suntuk.

Nak menulis dalam HDaily pula, takut orang-orang sana tak up bahan saya.

Dalam kerancakan gelora syahwat ghairah yang terlalu bernafsu terhadap isu kebebasan media, akhbar ini, rupanya sekatan masih hadir dalam kalangan penggerak dan pengamal media itu sendiri.

Jadi, barulah teringat, hanya tinggal ruangan ini yang menjadi tatapan orang ramai. Saya mesti menulis walaupun masa terbuang banyak dalam keadaan duit semakin mengurang akibat tak dapat claim penulisan.

Syahadan.. Beginilah saranan saya wahai Dato' Seri..

Menyentuh isu di atas, saya harap Dato' Seri dapat berbincang dengan pihak agamawan agar mereka dapat bersatu dan bergabung, berjanji setia untuk membacakan khutbah Jumaat yang menyelar PPSMI ini.

Jika kita sentuh isu murtad, orang Melayu pasti bangkit. Ini kerana, murtad ada pertalian dengan agama Islam.

Tetapi, PPSMI ini dilihat sebagai isu yang tiada kaitan dengan agama. Saya rasa, Dato Seri pun pernah terdengar dan membaca nas, dalil yang mafhum ayat itu lebih kurang bunyinya begini..

"Tidak bangkit seorang nabi itu melainkan dengan bahasa kaum mereka sendiri."

Surah apa, ayat ke berapa saya tak ingat. Tetapi, kalangan sarjana, ahli-ahli agama juga telah banyak mengguna nas ini sebagai hujah bahawa PPSMI itu wajib dimansuhkan.

Soalan saya sekarang, kenapakah agamawan kita tidak mengguna mimbar khutbah Jumaat itu sebagai medan dan landasan untuk menyelar PPSMI?

Saya tidak mahu menulis panjang lebar lagi.. telah banyak kita menulis dan kita perlu lebih banyak bertindak.

Saya difahamkan bahawa di Pendang tempoh hari, Teras dan sekelompok Dewan Ulamak dan mungkin orang-orang Pas telah berhimpun menyatakan pendirian mereka terhadap PPSMI ini.

Soalan saya yang seteruskan, bersetujukah Dato' Seri untuk membuat suatu bengkel, menghimpunkan agamawn ini untuk memintaa buah pandangan mereka berhubung idea berkhutbah Jumaat menyelar PPSMI itu.

Jika agamawan itu takut bersuara, maka apakah mereka perlukan sokongan dan dokongan Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka kelak.

Pertemuan ini penting bertujuan mengumpulkan pandangan mereka ke atas isu menggunakan khutbah untuk menunjukkan bahawa PPSMI ini ada kaitan dengan agama dan urusan pendidikan Islam, pendidikan Melayu termasuk pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.



5:09 p.m, 12 Mei

Sekolah Pemikiran Kg Baru

No comments

Powered by Blogger.