rakyat perak atau penyokong umno yang perlu bertenang?

IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, mulai hari ini, bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdulah.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

"Polis sudah diarah berada di kawasan bangunan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku", katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pejabat Menteri Besar Perak dan ahli Exco kerajaan negeri terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain polis, beliau berkata, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga sudah diarah berkawal di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Katanya, sehingga jam 6.30 petang ini keadaan adalah terkawal. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.