SPEAKER “HARAM” MENDAKWA DIRINYA “SAH”

Persoalan halal dan haram pernah saya jelaskan di dalam artikel sebelum ini yang bertajuk “Dosa Mengundi BN”. Kali ini, saya akan tambahkan lagi penjelasannya memandangkan ia semakin kurang difahami oleh kebanyakan manusia. Sepertimana yang diketahui, setiap perbuatan manusia mampunyai lima hukum, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Sepertimana yang pernah saya tulis di dalam artikel tersebut, bahawa mengundi BN itu adalah haram, berdasarkan dalil-dalil yang telah disebutkan. Semalam, Speaker HARAM telah mendakwa bahawa dirinya SAH. Di dalam menjelaskan kekeliruan ini, pertama kali yang ingin saya sebutkan ialah, HARAM lawannya HALAL, dan SAH lawannya TIDAK SAH.

Di dalam sidang Dun juga, orang ramai terutamanya PR sendiri mengatakan “HARAM” ketika Ganesan mengambil tempat duduk di bahagian Speaker. Oleh itu, persoalan yang timbul di sini ialah, apakah kenaikannya itu adalah HARAM atau TIDAK SAH, ataupun HALAL atau SAH?

Sekiranya beliau adalah HARAM sepertimana yang disebut oleh PR, maka apakah dalilnya? Dalil yang paling sesuai menyatakan beliau adalah Speaker HARAM ialah “kezaliman”. Semua agama, termasuk hindu dan budha, berpegang bahawa melakukan kezaliman itu adalah HARAM di sini agama masing-masing.

Maka, kenaikannya sebagai speaker itu adalah HARAM berdasarkan sepakat semua agama. Manakala Islam pula, lebih-lebih lagi menolak kezaliman ini! Maka, apa yang disebutkan oleh PR itu adalah benar, dan perbuatannya itu adalah tidak halal. Orang hindu mengharamkan memakan daging lembu, sama seperti mereka mengharamkan kezaliman dalam politik.

Seterusnya, beliau mendakwa bahawa dirinya dilantik secara sah. Di dalam Islam, sesuatu ibadat itu dianggap sah apabila cukup syarat-syaratnya. Saya yakin, di Malaysia hari ini pun, ramai yang mengatakan bahawa “SAH” itu ialah sesuatu pelaksanaan yang cukup syarat-syaratnya. Ganesan mendakwa dirinya “SAH” sedangkan dia menjadi speaker itu dengan cara yang haram!

Oleh itu, jawapannya jelas “TIDAK SAH”!. Sekiranya seseorang itu mengerjakan solat tetapi tidak berwudhu’ terlebih dahulu, maka perbuatannya tidak dikatakan HARAM, tetapi TIDAK SAH. Tetapi apa yang dilakukan oleh Ganesan ialah perbuatan HARAM yang dianggap SAH. Ya, sememangnya ada, seperti mencuri dengan cukup syarat-syarat sebagai pencuri. Maka dia diSAHkan mencuri!

Oleh itu, kenaikan Ganesan ini memang benar SAH, tetapi diSAHkan HARAM oleh semua manusia tidak kira Islam atau tidak. Ini kerana ia jelas berbentuk satu kezaliman yang ditolak oleh semua agama. Bahkan Islam lebih-lebih lagi menolak anasir kezaliman ini. Tetapi masalahnya, Zambry yang mengaku Islam itulah yang memburukkan nama Islam di hadapan masyarakat berbilang agama di Malaysia!

Maka perbuatan Zambry itu lebih HARAM berbanding Ganesan yang tidak beragama Islam! Orang bukan Islam akan diazab kerana kekafirannya, tetapi Zambry diazab kerana kezalimannya sedangkan dia mengaku Islam. Kezaliman yang dilakukan Zambry itu bukanlah ajaran Islam, habis, ajaran siapakah yang Zambry praktikkan?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Sumber: http://drfikrah.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.