susah betul puak umno nak bekerjasama dengan polis...

Polis rekod keterangan Ahmad Ramzi

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang merekodkan keterangan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, untuk melengkapkan siasatan berhubung pengedaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), bulan lalu.

Ahmad Ramzi yang baru sampai ke Terengganu pagi tadi dari Kuala Lumpur, terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, setelah polis semalam mendapatkan perintah waran tangkap terhadapnya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberi kepadanya untuk berbuat demikian tamat jam 3 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC II) Hamzah Mohd Jamil, dijangka mengadakan sidang media petang ini.

Hamzah semalam dilaporkan berkata, polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes berkenaan dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

No comments

Powered by Blogger.