TAHNIAH DATO HUSAM. MACAM NI BARU KENA!

PAS: Husam ‘puasa’, enggan komen soal parti

JELI: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang sebelum ini ‘membayangkan’ akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan pada Muktamar parti Jun ini, enggan lagi menyentuh soal parti bagi mengelak timbul salah faham di kalangan anggota parti itu.husam2

Beliau juga enggan mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

“Saya sekarang ‘berpuasa’ daripada bercakap soal parti. Lagi banyak ia dibincangkan dalam akhbar lagi menimbulkan keresahan kepada anggota parti.

“Tumpuan utama saya adalah soal perpaduan parti supaya imej PAS tidak terjejas menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melawat mangsa kebakaran melibatkan 13 rumah di Blok Tanah Merah, Kampung Ayer Lanas, di sini Jumaat lalu.

Sumber : MStaronline.

MANJANIK : Bagi orang-orang yang sayangkan parti, berhentilah dari membuat kenyataan yang tidak menguntungkan kita. Forum terbaik adalah selesaikan secara dalaman.

Sedar atau tidak, media massa yang tidak pernah memberi sokongan kepada kita bahkan sentiasa memutar belitkan apa saja berita mengenai kita, sedang tersenyum melihat “kita berlaga” sesama sendiri.

Yang berdarahnya kita, yang patahnya kita dan yang bodohnyapun adalah kita.

Hebatkah kita kerana sedang menelanjangi tubuh kita sendiri? Hebatkah kita kerana telah berjaya melemah dan menghancurkan parti kita sendiri?

Belajar setinggi mana sekalipun kalau otak pemikiran kita letak duduk di kepala lutut, ianya akan menjadi masalah kepada perjuangan parti.

Kalaulah kenyataan Tok Guru Nik Abdul Azizpun mereka sanggup memutarbelitkan maka tiada jaminan langsung terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin kerdil tidak diperlakukan sedemikian. Oleh itu serahkanlah kepada pemimpin-pemimpin agong kita untuk menguruskannya. Jangan di kusut masaikan lagi pemikiran ahli dan rakyat yang menyokong kita.

Orang yang berada di atas tidak sama “rasa”nya dengan orang yang berada di bawah. Orang yang berada di atas itu ada yang tidak pernah merasakan pahit jerih Pak Mat, Pak Leh yang menoreh getah dan menanam padi kemudiannya memberi infak kepada parti Islam ini.

Ada di kalangan mereka datang kerana turun temurun dan ada di kalangan mereka datang kerana ilmu serta sudah terkenal. Pak Mat dan Pak Leh masih tetap seperti dulu, marilah siapapun mereka akan tetap dengan PAS dan memberi infak kepada parti yang mereka sayangi.

Cuma, harapan mereka kepada pimpinan parti, sayangilah parti ini sebagaimana sayangnya mereka.

Berilah kepercayaan kepada kepada pimpinan atasan kita untuk menyelesaikannya. Kita ada Mursyidul Am dan timbalannya, kita ada Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka mampu menyelesaikannya.

Tahniahlah Dato Husam kerana tidak mengikut rentak media massa yang agendanya adalah MELEMAH DAN MENGHANCURKAN PAS.

http://manjanik.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.