120 OKU Ijok Terima Bantuan Ramadhan dan Aidilfitri

KUALA SELANGOR, 23 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengagihkan bantuan Ramadhan dan Aildilfitri kepada 120 orang kurang upaya (OKU) petang tadi.

Bantuan ini merupakan sumbangan dari Pejabat Khidmat Menteri Besar DUN Ijok, Pejabat Khidmat Menteri Besar Dewan Negeri Ijok dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Selangor.

“Usaha kebajikan ini mestilah diteruskan bukan sahaja untuk memberi sedekah tetapi mencari bagaimana kita boleh menolong mereka ini dan keluarga mereka satu ialah mengurangkan beban untuk menjaga mereka yang kurang upaya, kedua, kalau dapat memberikan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya supaya mereka dapat meningkatkan jati diri, ketiga, supaya dapat menolong keluarga-keluarga orang kurang upaya supaya mereka mendapat pendapatan yang lebih kerana sumbangan mereka kepada keluarga yang kurang upaya ni sangat besar”, katanya kepada TV Selangor malam tadi.

Demikian kata Abdul Khalid kepada TV Selangor selepas menyerahkan bantuan Ramadhan dan Aildilfitri kepada OKU di Masjid Nurul Iman, Ijok malam tadi.

No comments

Powered by Blogger.