60 peserta ekspedisi berlepas ke pelantar Cakerawala


TUMPAT, 4 Ogos: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub melepaskan 60 peserta ekspedisi royalti minyak Kelantan di perlabuhan Tok Bali jam 10 pagi tadi.

Ekspedisi ini diketuai Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa. Turut sama ialah Naib-Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan pengawai-pegawai kerajaan.

Sebelum berlepas, Husam memberikan taklimat kepada para peserta yang terdiri dari Adun, Anggota Parlimen, pegawai kerajaan, wartawan dan blogger di samping juruukur profesional yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Mereka bertujuan untuk mengesahkan kedudukan pelantar minyak itu adalah dalam kawasan perairan Kelantan dan dengan itu kerajaan negeri berhak mendapat royalti minyak lima peratus dari Petronas.

Sasaran mereka adalah pelantar Cakerawala yang dijangka akan mereka temui selepas 8 - 10 jam berlayar dengan kapal nelayan laut dalam.

Mereka menggunakan tiga buah kapal dan bertolak jam 10 pagi tadi. Satu berlepas dari Tok Bali manakala dua lagi berlepas dari Pengkalan Kubur.
Sebelum berlepas, hampir setengah jam mereka tidak boleh melepasi kuala kerana ditahan polis. Padahal, sebelum ekspedisi ini bermula, mesyuarat bersama telah dibuat yang melibatkan Meritime dan Jabatan Laut.

No comments

Powered by Blogger.