Adun Lunas Keluar PKR

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Mohd Radzhi menafikan beliau dibeli oleh parti tertentu.

(Malaysiakini)

Ini barulah adil. Kalau asyik orang UMNO atau BN sahaja keluar parti dan masuk PKR atau PAS bosan juga. Dalam permainan bola sepak, apabila satu pasukan sahaja menjaringkan gol, penonton hilang semangat. Akan tetapi apabila kedua-dua pasukan berbalas jaringan gol barulah penonton seronok.

Biarpun gol tersebut diperolehi melalui penalti yang sengaja diberikan oleh pengadil yang berat sebelah tidak menjadi hal. Pengadil ada kuasa mutlak di atas padang. Penonton pula tidak peduli sangat gol tersebut diperolehi secara bermoral atau tidak, janji ada gola sudah cukup.

Gol yang diperolehi pasukan Argentina melalui tangan ajaib Diego Maradona sewaktu menewaskan England dalam perlawanan Piala Dunia tahun 1986 tidak menjadi penghalang bagi pasukan dari Amerika Latin itu melangkah ke perlawanan seterusnya dan akhirnya dinobatkan sebagai juara.

Politik juga adakalanya tidak tumpah seperti perlawanan bola sepak. Peraturan perlawanan boleh dilanggar, gol tetap dikira asalkan terlepas daripada mata pengadil dan penjaga garisan.

Adakalanya pemain terpaksa menjaringkan gol sendiri untuk menjadi jutawan segera. Pasukan Afrika dan Amerika Latin selalu berdepan dengan situasi pemainnya dibeli tauke judi. Kalau pemain tidak mahu jual diri, peluru pula ditawarkan. Pemain Colombia pernah ditembak mati selepas pulang dari perlawanan Piala Dunia.

Dalam pasukan PKR, masih ada pemain yang bermasalah. Oleh itu, sebelum pemain tersebut menyumbat gol sendiri, ada baiknya dia dikeluarkan dan digantikan oleh pemain lain.


satu malaysia

No comments

Powered by Blogger.