Akhbar "Barua" UMNO Bergolak!

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Amran Ahmad hari ini dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib majikannya dalam siasatan dalaman yang bermula 11 pagi ini.

Amran dikenakan tindakan berkenaan dengan dakwaan memfitnah Utusan Melayu (M) Bhd selepas membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan syarikat.

Beliau dikehendaki hadir di Pusat Latihan Utusan di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Prosiding tatatertib masih berlangsung.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk mematerai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA sebelumnya.

Bagaimanapun perjuangan mereka untuk mendapatkan tuntutan CA itu masih gagal walaupun perjanjian lama telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

No comments

Powered by Blogger.