aku bebas!

Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan rasuah dan penipuan, yang didakwa dilakukan pada 1996, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bekas menteri pembangunan tanah dan koperasi didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) untuk kepentingan kewangannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantations yang dipegang oleh lembaga berkenaan kepada Briskmark Enterprise Sdn Bhd.

Hakim Suraya Othman berkata, pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie terhadap pemimpin dari Sabah itu.

Kasitah, 60, juga didakwa menipu SLDB dengan tidak mengumumkan tawaran PPB Oil Palms Sdn Bhd untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap saham Sapi Plantations dalam cadangan PPB untuk disenaraikan pada Bursa Malaysia.

Sejumlah 31 saksi pihak pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu sejak ia pertama kali didengar pada awal 2007.

Saksi itu termasuk bekas menteri pembangunan sumber dan kemajuan Tan Sri Joseph Kurup dan bekas ketua pegawai operasi CIMB Bank Berhad, Tan Sri Munir Majid.

No comments

Powered by Blogger.