Antara 'Pengkhianat Melayu' dan 'OneMalaysia'

Oleh: abuhikam

"Beberapa bahagian UMNO cuba membodek TPM Muhyiddin, konon bersatu dan bersama Muhyiddin dalam mengecam Anuar sebagai pengkhianat Melayu. ( Nasib baik Anuar bukan menteri BN, kalau tidak kena cekup dengan SB atau SPRM).

Kalau Anuar dianggap pengkhianat Melayu kerana mempertahankan prinsip keadilan untuk semua bangsa dalam acuan Pakatan Rakyat, maka apakah bentuknya keadilan untuk semua bangsa dalam OneMalaysia yang sedang dijaja dan dijualmurah di merata lorong dan panggung.

Artinya OneMalaysia yang diklon oleh UMNO itu, bukan persamarataan kaum, bukan ruang dan peluang yang sama untuk semua kaum. Hanya slogan muluk pengganti slogan Islam Hadhari yang kini dijualbundle.

OneMalaysia hanyalah dogma kosong untuk disinonimkan kepada pimpinan baru.

Pasti, OneMalaysia bukan keadilan untuk semua kaum. Kalau tidak, mereka yang MENCETUS, MEMBIAK, MERAUNG ONEMALAYSIA adalah pengkhianat Melayu. Atau sang munafik terbesar di abad ini.

Jangan-jangan, raungan pengkhianat melayu, yang begitu garang oleh UMNO boleh menyebabkan tragedi PRU12 berulang lagi. Dan UMNO menjadi kera sumbang dalam parlimen sebagai pembangkang selepas PRU13 nanti!.

Berhati-hati kawanku, langit tidak selalu cerah!."

No comments

Powered by Blogger.