Azmin Ali: Dakwaan Ambil Alih Kuasa Hujung Tahun Ini

Ampang Jaya

Saya ingin menafikan khabar angin yang mengatakan saya akan mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor penghujung tahun ini yang kini disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara itu cuma khabar angindan saya enggan mengulas lanjut.

saya tidak mahu mengulas berdasarkan spekulasi dan tidak akan memberi kenyataan selanjutnya berhubung perkara yang hanya ura-ura. Kami di Parti Keadilan Rakyat masa ini akan membuat beberapa rancangan untuk memantapkan lagi pergerakan parti (PKR). Selain itu, kami akan menjalankan kerja untuk bergabung dengan parti Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu Pas dan DAP. Gabungan ini bertujuan mahu menguatkan lagi jentera parti bagi menghadapi pilihanraya yang ketiga belas.

Sekian.

Azmin Ali

No comments

Powered by Blogger.