Bukan Nordin La!

Yang Ditembak di Temanggung Bukan Noordin Mat Top

POLIS Indonesia hari ini mengesahkan bahawa orang yang ditembak dalam drama tembak menebak di Temanggung, Jawa Tengah minggu lalu bukannya Noordin Mat Top, tetapi dikenali dengan nama Ibrahim alias Ibrohim yang selama ini menghilangkan diri selepas berlakunya ledakan bom di hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di Mega Kuningan Jakarta.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Polis Brigjen Polis, Eddy Suparwoko dalam sidang akhbar khas pagi ini.

Katanya hasil ujian DNA mayat yang ditembak di Temanggung itu ia tidak sama dengan sample keluarga Noordin di Johor dan juga dengan anak-anaknya Celicap, Indonesia.

"Ia tidak sama," katanya.

Dengan penjelasan pihak berkuasa Indoensia itu ini bermakna Noordin Mat Top masih hidup. Sumber Kompos.com Jakarta.

No comments

Powered by Blogger.