Corat-coret ISA



CORETAN SATU – 200 JUTA

RM200,000,000.00, begitulah angka kerugiannya. Peniaga di lokasi berlangsungnya demo 1 Ogos lalu mengikut kata Raja Nong Chik kerugian sebanyak itu. Kalau diibandingkan dengan rumah agam bekas MB Selangor, sebanyak 12 buah rumah sebegitu boleh didirikan.

Kalau peniaga di situ ada 10,000 orang, maka setiap seorang kerugian RM20,000, hanya sekadar tiga atau empat jam sahaja.

Kalau peniaga di situ ada 100,000 orang, maka setiap seorang kerugian RM2000. Kalau berniaga dalam tempoh 3 hingga 4 jam boleh dapat sejumlah itu, Nong Chik patut tak payah jadi menteri.

Elaun menteri pun tidak sebanyak itu. Baik jadi peniaga di situ sahaja.

CORETAN DUA – DARURAT

Zahid bersedia mengadap SPB Yang DiPertuan Agong untuk memohon pengisytiharan darurat kerana demontrasi.

Selepas ISA, rakyat diugut dengan darurut pula. ISA dipertahankan kerana itu senjata Umno. Darurat pula senjata siapa? Umno nak ambil darurat buat senjata pula? ISA belum cukup ganas?

Adakah darurat juga senjata Umno? Rasanya kalau diisytiharkan darurat bukan lagi kerugian RM200 juta, tetapi Raja Nong Cik akan kata RM1 bilion.

CORETAN TIGA – PENDEMO DIUPAH

Rais kata pendemo pada 1 Ogos diupah. Menurutnya ini maklumat baru dan besar. Sangat bernilai.

Aha, orang yang punya ijazah undang-undang berjela-jela macam Rais melihat itu sebagai maklumat besar. Lebih besar daripada mudarat ISA?

Salahkah kalau ada mereka yang tidak mampu dari segi kewangan tetapi ingin turut serta bersama orang ramai membantah undang-undang kejam ini dibayar?

Eh, lupakah Rais bahawa dia juga dibayar untuk mempertahankan ISA. Kalau mempertahankan ISA boleh dibayar, menentang ISA tak boleh dibayar?

Mana lebih mulia dibayar untuk pertahan ISA atau lawan ISA?

CORETAN EMPAT – PEKIK SAMPAI PAGI

Najib kata dia sanggup bagi stadium untuk pendemo pekik sampai subuh. Kalau Najib tak bagi pun, itu ramai yang sudah tahu. Di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pun boleh. Itu semua orang tahu.

Najib, soalnya bukan tempat. Soalnya ialah, adakah suara orang ramai dimana-mana tempat pun akan didengar? Memorandum sudah dihantar, rayuan sudah dibuat, kes mahkamah sudah ada, pertemuan dengan menteri juga telah dibuat.

Air mata dan tangisan keluarga mangsa bukan lagi sedikit. Maksudnya, bukan soal tempat tetapi soal pemimpin Umno pekak badak.

Buktinya, PPSMI, hanya selepas demo barulah ada perubahan tetapi itu pun pada tahun 2012.

Betullah, pemimpin Umno bertelinga satu tetapi berlidah dua.

CORETAN LIMA – HUKUM IBU BAPA

Shahrizat kata ibu bapa atau penjaga kanak-kanak akan dikenakan tindakan jika babitkan kanak-kanak dalam demo.

Wah, baguslah kerana keprihatinan itu.

Kalau ibu bapa yang bawa anak-anak untuk menentang ISA adalah bersalah, apa pula kesalahan anak-anak yang dipisahkan dengan bapa yang ditahan ISA? Anak-anak Mat Sah Satray, apa salah mereka?

Mengapa anak-anak dibiarkan menderita kerana ayah mereka ditahan ISA? Apa salah bapa itu? Apa salah anak itu?

Kalau bapa bersalah mengapa anak dihukum? Kalau kedua-dua tidak bersalah, mengapa kedua-duanya dihukum?

(Keterangan gambar: Tahniah Cikgu Adnan Din, saya bangga menjadi sahabat kepada seorang engineer yang berani dan sanggup bersusah-payah demi kebenaran)

http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.