DSAI kena buat sujud syukur dan bersedekah sebagai tanda terima kasih kepada Allah swt

Oleh Mohd Haziq Iskandar

Alhamdulilah, ADUN Lunas Mohd Radzhi Salleh telah istihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengistiharkan menjadi wakil rakyat,sedikit pun saya tidak terkejut dengan tindakan beliau.Sudah lama saya mendengar khabar berita yang Mohd Radhi mahu menyertai Umno .


Beliau juga sering memberi banyak masalah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan ada ura – ura Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan pendakwaan terhadap beliau.Selepas ini mungkin beliau dilepaskan oleh SPRM ,sebab ,mereka hanya mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat sahaja,pemimpin Umno dilepaskan.

Seringkali juga mengugut untuk untuk keluar dari PKR tapi alhmadullilah bersyukur kerana beliau memilih keluar kononnya mengistihar jadi wakli bebas dan juga menyokong penuh kempimpinan Najib.Kenapa perlu berlakon istihar jadi wakil bebas,istihar sahaja masuk Umno ,apa perlu berdolak dalih.

Radzi tidak layak berada di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat,tempat yang layak bagi beliau ialah di dalam Umno,kenapa saya berkata begitu?.

Dalam Umno ni ada banyak pemimpin pemimpinnya terlibat dengan berbagai skandal,rasuah,penyelewengaan,moral yang negetif dan sebaginya . Oleh layak lah mana mana pemimpin yan bermasalah seperti Radzi ini keluar dari Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional

Jelas dan lagi terang kita dapat lihat bagaimana Ketua Pergerakan Pemuda Umno ,Khairy Jamaludin ,walaupun beliau disahkan terlibat dengan rasuah masa pemilihan umno tapi tetap juga dipilih .Begitu juga dengan Ali Rustam yang terlibat dengan rasuah masih kekal menjadi Ketua Menteri Melaka.YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) yang juga telah didakwa oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah turut berada didalam Umno.

Tiada yang ruginya kepada Pakatan Rakyat jika ada wakil rakyat yang bermasalah melompat ke parti lain.Kita patut berasa gembira dengan berita yang Radzi keluar dari Pakatan Rakyat ,bebanan yang ditanggung oleh kita sudah berbalik kepada Umno.

Mohd Haziq Iskandar

Anak Jati Kubang Pasu

No comments

Powered by Blogger.