Dulu Pun Muhyiddin Kata Penyokong Umno Pun Masuk Syurga! Kenapa Umno Nak Kecoh?

TPM minta Majlis Fatwa kaji kenyataan Nik Aziz

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dan keluarkan fatwa mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa Islam Umno tidak membawa ke syurga seperti Islam Pas.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, ketika bercakap kepada pemberita di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, itu juga dilaporkan mendakwa Islam diamalkan Umno itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin.

Sebelum ini, ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan terhadap Umno dengan menyatakan parti itu sama seperti komunis.

Selain itu, beliau turut menyamakan Umno yang majoritinya dianggotai orang Islam seperti Ayah Pin, iaitu individu yang pernah menyebarkan ajaran sesat di Terengganu, beberapa tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.