Gambar Projek Terbaru Gas Di Perairan Kelantan!!!!

Hello pembaca SaifulSham,

Sudah lebih seminggu saya berada di laut. Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit gambar mengenai projek yang sedang dilakukan saya ketika ini.

Terletak di perairan Malaysia-Thailand, dikenali sebagai JDA (Joint Development Area) iaitu usaha sama antara 2 negara dengan pegangan saham 50:50.

Dibangunkan secara bersama antara Carigali-PTTEPI atau lebih dikenali sebagai CPOC (Carigali PTTEPI Operating Company), lapangan gas ini dikenali sebagai Block 17.

Lapangan gas ini terletak lebih kurang 150km dari Kota Bharu, Kelantan atau 240km dari Songhkla, Thailand.

Sehingga seminggu ini, saya belum mendapat mabuk laut, keadaan laut belum bergelora. Haha. Mengenai perniagaan internet dan offline, saya hanya memberi arahan daripada email sahaja ketika ini.

Minggu depan pulang ke darat. Oh rindunya Old Town White Coffe~

Salam,
Wan M Syazwan
ditulis dari kapal Posh Bali

1) Salah satu platform gas. unmanned (tiada penghuni).

cpoc1

2) Gambar diambil dari crew boat

cpoc2

3) Tempat tidur,makan.Haha

cpoc3

4) Pekerja platform akan diangkut menggunakan crew boat untuk ke platform.

cpoc4


http://www.saifulsham.com/

No comments

Powered by Blogger.