A (H1N1): Angka kematian terus meningkat, seorang lagi meninggal dunia

PETALING JAYA: Angka kematian jangkitan A (H1N1) terus meningkat dengan seorang lagi meninggal dunia.

"Mangsa terbaru seorang lelaki berusia, 57 tahun," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Bilangan kes kematian akibat Influenza A(H1N1) terus meningkat kepada 14 setakat ini.

Sementara itu, 16 kes jangkitan baru juga dikesan.

Semalam, Bernama melaporkan ankga kematian akibat penularan Influenza A H1N1 meningkat kepada 13 orang dengan lima kematian lagi termasuk empat kanak-kanak baru dicatatkan kurang daripada tempoh 72 jam yang lalu.

Tiga kematian dilaporkan di Melaka sementara satu lagi di Johor dan satu lagi kes kematian pertama dicatatkan di Pahang.

No comments

Powered by Blogger.