H1N1: Tiada lagi kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Seperti semalam, tiada kes kematian akibat H1N1 dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi 230 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke wad.

Angka korban H1N1 di Malaysia kekal 68 mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama 310 pesakit telah dibenar pulang, menjadikan baki seramai 1,476 pesakit sedang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah ini, hanya 316 pesakit atau 21 peratus yang disahkan positif H1N1.

"Daripada 316 kes yang disahkan H1N1, 40 kes berada di ICU di mana empat kes adalah kemasukan baru sementara lapan kes dipindah keluar dari ICU.

"Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63%) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma/COAD (3), obesiti (3), mengandung/postnatal (1) dan kanak-kanak istimewa (1)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

No comments

Powered by Blogger.