Herba untuk kekal istimewa

Oleh Dr. H.M.Tuah

Kita memang memerlukan sumber alam untuk kekal istimewa. Untuk jadi lebih biasa daripada yang luar biasa, manusia perlu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber alam agar aura alam dan manusia menjadi satu. Daripada dua kekuatan ini, sudah pasti kita akan terlihat lebih istimewa dan mengagumkan.

Salah satu sumber alam yang dimaksudkan itu ialah penggunaan herba dalam perapian wajah dan tubuh yang menjurus pada kesempurnaan total mental, fizikal dan spiritual. Herba telah diketahui sejak zaman berzaman sebagai keperluan istimewa manusia untuk menjadi sihat dan istimewa. Malah boleh dikatakan manusia telah menggunakan herba sejak bermulanya masa. Masyarakat purba bergantung pada herba untuk makanan dan perubatan, menggunakannya untuk perasa dan kemudian sebagai bahan awet untuk daging dan ikan agar lebih tahan disimpan.

Herba adalah anugerah istimewa alam untuk manusia. Bayangkan alam ini tanpa herba, bagaimanakah manusia melalui hidup mereka dan apakah agaknya yang akan mereka gunakan sebagai bahan-bahan kecantikan, kesihatan dan perapian. Manusia telah mengagumi herba sebegitu tinggi hingga menjadi bahan dalam upacara-upacara keagamaan dan juga teknologi. Catatan terawal tentang penggunaan herba dalam perubatan ditemui tercatat dalam papyrus kerajaan purba Mesir sekitar 2000 Sebelum Masihi. Di situ tercatat kehadiran doktor herba.

Di India dan China , herba masih dianggap mengatasi perubatan moden pada sesetengah kelompok bahkan secara umum ia adalah pilihan utama para pesakit berpandukan pada pengeluaran bahan perubatan herba yang amat besar jumlahnya. Kebanyakan bahan-bahan asas perubatan herba dunia datangnya dari sini. Sehingga hari ini pun masih bertebaran dengan banyaknya sinseh-sinseh Cina yang merawat menggunakan bahan-bahan herba. Dalam perubatan holistik, para pengamal pengubatan semula jadi dan para aktivisnya menggunakan herba sebagai bahan utama.

Dalam kerajaan purba Greek pula, Hippocrates pada kurun ke-3 Sebelum Masihi dalam fomulasi herbanya, �De Materia Medica and Dioscorides�, memasukkan beratus-ratus herba dalam kandungan bahan perubatan botani mereka. Tidak cukup itu herba disebut dalam �Old dan New Testaments�. Kerajaan Rom purba juga diketahui menggunakan herba untuk menambah kekuatan dan kepekaan para tenteranya.

Para penjajah Eropah pada abad ke-15 dikatakan belayar ke Timur untuk mencari rempah.

Kisah pelayaran Marco Polo ke China pada penghujung 1200 memberitahu perdagangan rempah telah mewujudkan beberapa penempatan baru, seterusnya membawa orang Barat melakukan perjalanan perdagangan untuk mencari rempah berkenaan. Pada kurun 15 hingga ke-17, orang Sepanyol, Inggeris, Portugis dan Belanda bersaing untuk menguasai pedagangan rempah di Timur Jauh. Dalam tahun-tahun 1800-an, orang Amerika terlibat dalam pedagangan ini. Orang Amerika yang pertama menjadi jutawan mencipta kekayaan melalui herba.

Sayang sekali, begitu hebat anugerah alam ini dan kebanyakannya tumbuh subur di sini, kebanyakan kita masih negatif terhadap penggunaan herba untuk kesihatan dan kerapian. Motivasi tidak bermakna apa-apa tanpa adanya wadah. Wadah motivasi ialah tubuh yang sihat, bertenaga, segar dan rapi. Tanpa wadah yang begini motivasi tidak berupaya masuk dan pasti gagal berperanan.

Paling tidak, jika pun herba memualkan, ia adalah bahan potpori yang boleh menyegarkan persekitaran. Letakkan sebotol potpori daripada campuran herba di dalam sebuah bilik dan rasai kelainannya. Jika ia bukan sesuatu yang memualkan maka cuba campurkan dalam masakan, atau hidangkan saja sebagai sayuran.

Formula 3X (Xtra Mind, Xtra Mild dan Xtra Mile) yang menjadi teras motivasi saya menjadikan herba dan sumber alam lain sebagai asas berubah. Sumber alam yang dimaksudkan itu ialah udara. Ia dihiru secara dalam pada kiraan 7 saat (tarik), 7 saat (simpan) dan 7 saat (lepaskan), dibuat tiga kali berturut-turut menjadikannya 63 saat kesemuanya. Ini dibuat biasanya pada awal pagi sewaktu hendak memulakan hari ataupun pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. Keadaan ini berkesan untuk menstabilkan minda dan ketenangan (Mind dan Mild).

Sumber alam lain yang digunakan ialah pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan dan kerapian dan makanan tambahan yang disyorkan itu tidak lain adalah herba. 3X mengesyorkan para pelatih motivasinya mengambil supplemen herba setiap hari. Daripada amalan ini lahirlah satu lagi ciri hebat 3X iaitu Mile. Mile adalah stamina. Gabungan ketiga-tiga faktor ini; Mind (Pemikiran), Mild (Ketenangan) dan Mile (Stamina) adalah motivasi power yang tuntas lagi kekal.

Penggunaan herba untuk motivasi boleh diistilahkan sebagai memudah atau seni memudahkan. Herba dikenal sebagai �mudah� kerana pengamalannya dan penanamannya juga tidak rumit. Lantaran kebanyakan herba jenis tumbuh melata atau �tumbuhan bawah� seperti parsley, chives, marjoram, thyme, basil, caraway, dill, oregano, rosemary dan celery leaves, ia boleh digunakan sama ada sewaktu kering mahupun basah.

7 situasi di mana herba boleh menjadi bahan istimewa perubatan dan juga motivasi ialah apabila diambil pada sukatan dan amalan tertentu ia boleh membantu menyembuhkan:

1. Gangguan pada gerak kerja badan atau fikiran atau simpton pada orang dewasa.

2. Gangguan pada gerak kerja badan atau fikiran pada sistem imuniti.

3. Penderitaan penyakit saraf atau otak yang teruk dan aduan psikiatri.

4. Simpton perasaan.

5. Terapi alternatif untuk mereka yang alegik.

6. Terapi kombinasi untuk mempercepat kesan pada perubatan konvensional, dan

7 . Terapi kombinasi untuk mengurangkan kesan sampingan perubatan konvensional.

Rapikanlah diri anda dengan kesihatan dan motivasi, mengamalkan pengambilan herba adalah salah satu cara yang termudah dan berkesan. Ia menyatukan kita kepada alam agar sekuat alam

No comments

Powered by Blogger.