Isu Kuil Taman Kota Kampung Sungai Rambai Segera Diatasi
KUALA LANGAT, 25 Ogos - Kerajaan negeri akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu pembinaan kuil di atas tanah milik sebuah pemaju perumahan di Taman Kota Kampung Sungai Rambai, Kuala Langat.
Ini berikutan bantahan penduduk taman itu, berhubung pembinaan kuil berkenaan yang dikatakan berhampiran dengan kawasan perumahan penduduk Islam.
Bagaimanapun, ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi berpendapat, penduduk taman terbabit perlu kembali kepada sejarah asal tapak kuil yang bakal dibina.
“Isu kuil ni yang dikatakan oleh penganut agama Hindu sudah berada di situ selama 100 tahun, pada peringkat awalnya kuil yang dibina untuk pekerja-pekerja ladang Lord Estern di situ, kemudian berikutan daripada itu, dimaklumkan bahawa sebidang tanah dijual kepada KLIA Engineering dan dimajukan untuk perumahan dan rumah kedai di situ dan dijanjikan oleh KLIA Engineering tu untuk memberi sebidang tanah yang lain, untuk menggantikan tapak kuil di depan tu dan tanah yang telah diputuskan oleh KLIA Engineering tu berada di belakang, terutamanya berhampiran dengan kawasan perumahan yang majoritinya adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu bantahan penduduk pembinaan kuil di Taman Kota Kg Sg Rambai selepas mengadakan lawatan di Gerai Ramadan Asnaf anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Batu 8, Sijangkang petang semalam.
Menurut Dr Yunus, kerajaan negeri sudah pun mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah tersebut dan rundingan sedang dijalankan agar pembinaan kuil terbabit dipertimbangkan semula berikutan terdapat beberapa kuil di kawasan berhampiran.
Dalam pada itu, beliau meminta penduduk terbabit bertenang dan bersabar kerana kerajaan negeri akan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan isu ini kerana tanah tersebut dimiliki syarikat swasta dan bukan di bawah kuasa kerajaan Selangor.
“Isunya sekarang kuil itu berada di tanah swasta ataupun pemaju, jadi kalau saya lihat kesilapan dari peringkat awal, kenapa dahulunya estet itu dia boleh jual tanah tu dengan keadaan kuil tu pun berada di situ, sepatutnya dia kena sensitif kerana kuil itu juga ada penganut-penganutnya”, jelasnya lagi.
Dr Yunus berkata, terdapat tiga kuil yang terletak di kawasan berhampiran dan bantahan yang dibuat baru-baru ini didalangi oleh kumpulan UMNO Kuala Langat.
Isu itu timbul apabila pemaju gagal menggantikan tanah kuil yang sepatutnya berada di hadapan jalan, bagaimanpun mereka menempatkan tapak kuil baharu itu di bahagian belakang, berdekatan perumahan penduduk Melayu. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments
Post a Comment