Isu Perisytiharan Harta

Soalan bertulis YB Sim Tze Tsin (Pantai Jerejak): Adakah kerajaan negeri akan melaksanakan asset declaration untuk Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Jawapan: Selaras dengan pematuhan pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 berkenaan Pemilikan dan Pengisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam, Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memanjangkan Borang Perisytiharan Harta yang digunapakai oleh Kerajaan Persekutuan kepada semua ahli-ahli EXCO. Sehubungan itu, borang-borang tersebut adalah diwajibkan untuk diisi oleh semua ahli-ahli EXCO demi terus mencerminkan konsep telus (transparency) di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Selain itu, Ketua-ketua penjawat awam di negeri ini; Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. DAto’ Penasihat Undang-undang Negeri, Y.B. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Yang Di-Pertua Majlis-majlis Perbandaran serta pengarah-pengarah jabatan di Negeri Pulau Pinang juga telah pun mengisytihar harta selaras dengan keperluan pekeliling tersebut. Suatu tarikh untuk mengumumkan kepada orang ramai akan ditetapkan

No comments

Powered by Blogger.