Jaga Kebersihan Langkah Cegah Influenza H1N1

SHAH ALAM, 18 Ogos - Walaupun Bandar raya Shah Alam bukanlah ‘kawasan panas’ virus Influenza A H1N1 atau penyumbang utama kes demam denggi, namun pencegahan harus di lakukan untuk mengelak daripada jangkitan itu, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, semua pihak memainkan peranan penting terutama menjaga kebersihan di kawasan rumah dan pejabat bagi memastikan tiada sebarang penyebab yang membolehkan wabak itu merebak.

“Saya berharap sangat, agar kita dan keluarga berusaha menjaga kebersihan diri dan mematuhi panduan dan nasihat yang disebarkan jabatan atau kementerian kesihatan dan media massa.

“Misalnya, cuba jangan berdekatan dengan orang ynag batuk berterusan..terutama dengan orang yang baru pulang dari luar Negara. Pakailah penutup mulut apabila berada di pasar raya atau di tempat orang berkumpulan,” katanya.

Khalid berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, pagi tadi.

Pada masa sama, Kempen Kibar Jalur Gemilang 2009 dilancarkan sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Khalid menyeru kepada semua rakyat agar menghayati kemerdekaan yang telah diperjuangkan pemimpin Negara terdahulu dengan menyumbangkan idea dan tenaga demi agama, bangsa, dan Negara.

“Marilah kita sama-sama menghayati makna kemerdekaan ini dan berusaha meyumbang idea dan tenaga yang bersesuaian dengan kemampuan kendiri demi kesejahteraan dan pembangunan negeri yang tercinta ini khususnya, dan Malaysia amnya,” katanya.

Katanya, sikap cintakan Negara ini perlu disemai sejak kecil dengan menerapkan sikap patriotik dan memperingati perjuangan wira-wira Negara.

Dengan itu, generasi muda ini akan mampu meneruskan kesinambungan Negara bangsa yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Pelancran Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor 2009 dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor.-ATIQAH YAACOB (TVSEALNGOR)

No comments

Powered by Blogger.